Posts tagged ‘filem sex’

Reviu Filem Congkak

CONGKAK, FILEM SERAM ‘BLOCKBUSTER’ 2008.

poster-web.jpg

Selepas kejayaan filem Jangan Pandang Belakang yang membuat kutipan RM 7.5 juta, paling banyak dalam sejarah filem Malaysia. Sekali lagi MIG akan melakar satu lagi sejarah apabila filem terbitan ke 23, Congkak, akan ditayangkan secara serentak di 70 buah pawagam di Malaysia, pembukaan filem Melayu terbesar dalam sejarah perfileman bermula dari Jalan Ampas di Singapura. Filem yang diadun dengan sistem bunyi Dolby Digital Surround EX yang setaraf dengan filem-filem keluaran Hollywood pastinya akan memberikan satu impak dan kesan yang cukup mendalam kepada peminat-peminat filem seram tanahair.

Filem Congkak menerima arahan dari pihak Lembaga Penapisan Filem (LPF) yang tidak mengalakkan pesakit jantung, darah tinggi serta ibu-ibu mengandung dari menonton filem ini, memang ada kebenarannya. Congkak telah dicipta untuk menakluki minda dan perasaan peminat filem seram tanahair. Setiap babak yang dihasilkan cukup mendebarkan dan pasti membuatkan anda tidak senang duduk, ini kerana dari ‘shoot’ kamera, sistem bunyi yang mengkagumkan dan jalan cerita yang cukup mendebarkan, ianya akan menjadi filem seram ‘blockbuster’ untuk tahun 2008.

Secara keseluruhan, Congkak memaparkan realiti kehidupan dan budaya ‘makhluk halus’ dan ‘penunggu’ yang telah wujud dalam masyarakat nusantara selama ini. Tahniah diucapkan kepada tenaga produksi, serta pengarah filem ini, Ahmad Idham dan skrip oleh Pierre Andre, yang telah membuat ‘kerja rumah’ bagi memastikan ketepatan dan realiti sebenar bagaimana dunia perubatan Melayu.

Dari sudut teknik pengambaran, Congkak telah memberikan satu perspektif baru serta telah menetapkan satu standard baru filem Malaysia, di mana mutu teknikal yang dihasilkan cukup berkualiti. Selain dari itu, Congkak memaparkan sinematografi yang cukup bagus, menarik dan pasti membuat sesiapa tertawan.

Walaupun dari pandangan beberapa pengkritik, jalan cerita Congkak agak biasa, tapi itulah sebenarnya realiti kehidupan. Jika mahu mencari kelainan, adakah sesuai jika ingin membuat kisah seram di Stesyen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS)? Jadi persoalan mengenai jalan cerita yang agak biasa tidak menjadi masalah, selagi penyampaian jalan cerita dan mesej yang ingin disampaikan dapat diterima oleh penonton.

Dari sudut lakonan, penghayatan watak serta impresi wajah memang wajar diberi pujian. Setiap pelakon telah menjiwai watak mereka. Pujian diberikan kepada dua pelakon cilik iaitu Erin Malek serta Erynne Erynna yang berjaya memberi nafas kepada Congkak.

Jika sebelum ini, cerita-cerita seram di nusantara mengambil contoh watak dan karektor hantu berpandukan kepada filem seram dari Hong Kong, tetapi bagi Congkak, nilai dan watak makhluk halus atau penunggu itu sendiri terhasil secara unik dari karektor yang telah wujud melalui lisan dari zaman nenek moyang kita dahulu. Dengan penunggu yang berupa menjadi seorang wanita tua yang cukup hodoh serta suka kepada kanak-kanak, serta makhluk ‘lintasan’ yang akan menguasai sesiapa sahaja yang melalui kawasan mereka, menjadikan watak ‘hantu’ dalam filem Congkak sesuatu yang unik.

Selain dari itu, Congkak menonjolkan nilai-nilai kekeluargaan serta konflik yang perlu dihadapi bersama-sama. Inilah sesuatu yang cukup menarik mengenai Congkak, walaupun filem seram tetapi nilai kekeluarga yang masih dipegang teguh oleh masyarakat nusantara tidak pernah diketepikan.

Namun, di atas garis panduan yang telah ditetapkan oleh LPF dalam produksi tanahair menghasilkan filem seram tempatan. Beberapa babak yang cukup menyeramkan terpaksa dibuat ianya sekadar mimpi. Tetapi ianya tidak mencacatkan garis cerita tetapi ianya menjadikan Congkak lebih suspen dan dramatik. Filem berdurasi sekitar 90 minit ini cukup mencabar jiwa. Selama menonton filem ini, penonton tidak akan merasai betapa cepat masa berlalu.

Selain dari tayangan di Malaysia, Congkak juga telah ditempah untuk tontonan di negara Filipina, Singapura, Indonesia serta Thailand. Namun yang pasti Congkak telah menetapkan satu tahap sendiri untuk pengiat seni tanahair bagi menyaingi atau sekurang-kurangnya setaraf dengan filem ini.

Congkak merupakan filem seram yang cukup bersedia membawa perasaan penonton bersama-sama, dalam mengikuti pengembaraan yang cukup realistik dan menakutkan. Bagi mereka yang inginkan kelainan, atau mereka yang cukup mengemari filem genre seram dan suspen, Congkak menjadi jawapannya.

Mac 28, 2008 at 11:41 am 1 komen


Kutipan Congkak

Kutipan Di Malaysia: RM 4.5 juta Kutipan Di Singapura : RM 1.5 juta.

Welcome To Congkak Blog

Selamat melayari blog filem Congkak! Blog ini akan memaparkan segala berita, gambar, siaran akhbar. komentar dan apa sahaja tentang perkembangan filem Seram Paling Dalam Sejarah filem Melayu!

Trivia

Tahukah anda, ada sesetengah gambar di dalam blog ini tidak boleh diletakkan bersama-sama. Ada gambar perlu diletakkan secara berasingan.
Mei 2024
I S R K J S A
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  

Blog Stats

  • 53,117 hits