Archive for Februari, 2008

Filem Congkak Lakonan Erynne Erynna Akan Kaut RM 10 Juta?

Filem keluaran Metrowealth yang ke 26, Congkak yang akan ditayangkan pada penghujung April depan dijangkakan akan mengaut sekurang-kurang RM 10 juta dari kutipan tiket sekaligus akan mencatat sejarah sebagai kutipan filem yang paling tinggi dalam sejarah industri perfileman di Malaysia.

Menurut dari sumber dalaman di Metrowealth, walaupun Congkak belum ditayangkan kepada umum, tetapi filem berkenaan telah mempunyai permintaan dan bersedia untuk dipasarkan di Indonesia, Thailand, Brunei, Singapura dan Philipina. Untuk pasaran dalam Malaysia pula, pihak Metrowealth telah mengedarkan sebanyak 70 buah salinan untuk trailer filem terbabit.

Filem yang mengisahkan bagaimana sebuah keluarga yang mengalami peristiwa pelik ketika bercuti di sebuah banglo di tepi tasik. Kejadian pelik semakin dirasai apabila setiap malam, mereka mendengar ada orang yang bermain congkak sehingga menimbulkan persoalan kepada mereka. Apakah yang akan berlaku dan apakah yang akan terjadi kepada keluarga itu.

Filem arahan Ahmad Idham dan dibintangi oleh Pierre Andre ini dijangka akan mengulangi sejarah kutipan filem Jangan Pandang Belakang iaitu RM 7.2 juta termasuk hasil kutipan dari negara Asean dan membolehkan ianya dinobatkan menjadi kutipan filem tertinggi bagi filem Malaysia setelah diungguli oleh Lagi-Lagi Senario sebanyak RM 6.3 juta.

Advertisement

Februari 29, 2008 at 12:51 pm 2 comments

Filem Congkak Arahan Ahmad Idham : Gambar Pelakon

Artikel ini dipetik dari blog Sensasi Selebriti

Bertempat di Pejabat MIG tanggal 18 Jun 2007 lalu, berlangsung Majlis Doa Selamat Pengambaran Filem ke 24 terbitan Metrowealth berjudul Congkak. Dihadiri oleh beberapa orang pelakon utama dan pengarah serta krew penerbitan, majlis ini pada saya sebagai satu pemangkin untuk menyalakan obor semangat kepada kejayaan karya terbaru Pierre Andre ini. Semenjak kejayaan besar filem Jangan Pandang Belakang, nampaknya Pierre Andre semakin giat bekerja dan diberikan kepercayaan merealisasikan impian MIG.

Terima kasih MIG kerana sudi menjemput Sensasi Selebriti. Semoga filem Congkak yang sedang dalam pembikinan ini akan selamat dan sempurna menjalani pengambaran. Untuk pengetahuan pembaca, filem Congkak ialah sebuah filem seram. Bayangkan malam-malam buta ada orang main congkak di ruang tamu rumah anda… seram tak? Hehe, Mak Mah dan Nanu Baharudin pun ada berlakon sama. Fasha Sandha je yang takde… Mesti meletops ni, kan? Adakah filem ini sehebat Jangan Pandang Belakang atau lebih dahsyat daripada itu? Sama-sama kita tunggu.

[tags]Pengambaran filem, shooting film, Congkak, permainan budaya Malaysia, Fasha dan Pierre bercium, Fasha Sandha, Nanu Baharudin, Permainan rakyat, Fasha Sandha, Pierre Andre, Jangan Pandang Belakang, filem Melayu, Gambar artis sensasi, foto selebriti, Metrowealth[/tags]

Antara foto-foto di Majlis Doa Selamat Pengambaran Filem Congkak:

Februari 29, 2008 at 12:36 pm 10 comments

Permainan Ahmad Idham dalam Congkak

Oleh SHAZRYN MOHD. FAIZAL

FILEM Jangan Pandang Belakang (JPB) terbitan Metrowealth telah berjaya menaikkan nama Ahmad Idham sebagai pengarah dan pelakon muda berbakat besar, Pierre Andre sebagai penulis skripnya.

Filem yang berjaya mengaut kutipan hampir RM7 juta itu telah membuktikan bahawa skrip dan jalan cerita yang ringkas tetapi padat berjaya mempengaruhi penonton pelbagai latar belakang.

Kini sebuah lagi filem seram terbitan Metrowealth (MIG), Congkak sudah pun selesai penggambaran. Masih lagi mengekalkan Ahmad Idham di kerusi pengarah sementara skrip dan lakon layarnya pula, hasil gabungan Ahmad Idham dan Pierre Andre.

Ketika ditemui di lokasi penggambaran filem tersebut di Chalet Kemensah, Hulu Kelang, Selangor, Ahmad Idham menjelaskan, Congkak tetap mengujinya sebagai pengarah meskipun JPB telah membuktikan kehebatannya mengarahkan filem seram.

“Kalau dalam JPB, jalan ceritanya mengisahkan tentang saka dan cara mengubatinya, tetapi kali ini, saya mengambil kisah permainan tradisional Melayu yang mungkin kita sendiri tidak tahu kisah di sebaliknya.

“Saya banyak melakukan penyelidikan dan juga menemubual orang-orang tua di kampung bertanyakan tentang congkak. Malah, Pierre Andre juga melakukan penyelidikannya sendiri dan lahirlah skrip hasil nukilannya. Hasil gabungan saya dan dia, maka kami realisasikan mitos itu dalam filem Congkak dengan sebaik mungkin,” kata Idham.

Tambahnya, belum ada lagi filem Melayu yang mengetengahkan kisah permainan tradisional Melayu dan dalam filem ini, dia cuba masukkan unsur mistik dan misteri yang menyelubungi permainan congkak itu.

Ahmad Idham yang pernah merangkul anugerah Pengarah Harapan pada Festival Filem Malaysia ke-16 menerusi filem Mr. Cinderella itu juga berkata, apa yang ditampilkan dalam filem Congkak adalah berlainan dengan filem seram yang sedia ada.

“Penonton sekarang sudah semakin bijak. Jika kita sering tampilkan filem seram yang menunjukkan imej hantu, mereka pasti akan membandingkan dengan filem-filem seram asing yang lain,” ujarnya.

Keistimewaan filem seramnya kali ini, kata Ahmad Idham, adalah intipatinya yang dekat kepada kaum Melayu dan masyarakat Malaysia khususnya.

Identiti sendiri

“Kita perlu ada identiti sendiri agar dunia luar tahu filem seram kita adalah asli dan tidak mengikut filem seram yang sudah diterbitkan. Malah, apa yang membanggakan saya, kini kaum lain juga mula menghargai filem Melayu dan sanggup mengeluarkan wang menonton di pawagam,” jelasnya bersungguh.

Ketika ditanya mengapakah Riezman Khuzaimi dan Nanu Baharuddin menjadi pilihannya menerajui filem ini, Idham berkata, ciri-ciri bapa dan ibu terdapat pada kedua-dua pelakon itu.

“Riezman dan Nanu mempunyai chemistry yang kuat dan saya lihat mereka sungguh serasi sebagaimana dalam filem Waris Jari Hantu. Mungkin ramai yang mempertikaikan mengapa memilih pelakon yang tiada nilai komersial.

“Zaman sekarang sudah berbeza. Penonton memandang pada jalan cerita dan skrip. Ada juga filem yang mempertaruhkan bintang popular, tetapi tidak pun membuat kutipan box-office. Lihat sahaja kejayaan JPB. Kalau hendak ikutkan, Pierre Andre tidaklah popular tetapi kerana jalan ceritanya menarik, filem itu mampu mengutip hampir RM7 juta,” kata Idham atau nama penuhnya, Ahmad Idham Ahmad Nadzzri.

Ditanya adakah Congkak akan menggunakan teknik kesan khas teknologi imej janaan komputer (CGI), dia menjelaskan ada beberapa adegan yang memerlukan teknik itu bagi menambahkan lagi rasa seram kepada penonton.

“Antara adegan CGI yang akan digunakan adalah adegan di mana bumi terbelah dan juga mewujudkan efek seram pada lembaga penunggu itu yang dilakonkan oleh Ruminah Sidek,” katanya.

Februari 29, 2008 at 12:07 pm 1 komen

Poster Filem Congkak

Poster filem Congkak ini telah pun diedarkan ke pawagam untuk tujuan promosi. Pilihan warna gelap gothic dan menggunakan bayang adalah elemen penting untuk menjelmakan apa yang akan dipertontonkan kepada penonton.

Apa komen anda tentang poster Congkak? Suka? Tak suka? Hantarkan komen anda di ruangan komen sekarang!

Februari 29, 2008 at 2:11 am 13 comments


Kutipan Congkak

Kutipan Di Malaysia: RM 4.5 juta Kutipan Di Singapura : RM 1.5 juta.

Welcome To Congkak Blog

Selamat melayari blog filem Congkak! Blog ini akan memaparkan segala berita, gambar, siaran akhbar. komentar dan apa sahaja tentang perkembangan filem Seram Paling Dalam Sejarah filem Melayu!

Trivia

Tahukah anda, ada sesetengah gambar di dalam blog ini tidak boleh diletakkan bersama-sama. Ada gambar perlu diletakkan secara berasingan.
Februari 2008
I S R K J S A
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
2526272829  

Blog Stats

  • 52,789 hits