Sinopsis

Kisahnya bermula apabila Kazman serta isterinya Sufiah mengambil keputusan bercuti bersama dua anaknya, Lisa dan Ely di sebuah banglo di tepi tasik. Kazman sudah berjanji dengan seorang kawannya untuk membeli banglo tersebut sebagai persinggahan semasa bercuti.

Setibanya mereka di banglo tersebut, peristiwa yang semakin pelik turut terjadi. Sufiah cuba meyakinkan Kazman untuk keluar dari rumah tersebut tetapi tidak diendahkan. Kazman tetap berkeras untuk membeli rumah tersebut kerana sudah berjanji dengan kawannya.

Sufiah sentiasa merasakan ada makhluk sedang memerhatikannya. Salah seorang anak mereka, Lisa setiap malam akan turun ke sebuah bilik gelap untuk bermain congkak dengan seseorang yang hanya boleh dilihat olehnya seorang. Sufiah yang tidak boleh bersabar dengan perkara itu telah membuang congkak tersebut ke dalam tasik. Lisa juga sentiasa bermain di tepi belukar di belakang rumah kerana kawannya tinggal di situ sehingga Kazman perasan Lisa bermain menghadap kubur lama. 

Pada malam keesokannya, Sufiah dikejutkan lagi dengan bunyi congkak tersebut dari bilik yang sama. Apabila Sufiah pergi melihat, dilihatnya seorang tua sedang bemain congkak tersebut. Semakin lama peristiwa yang berlaku semakin pelik dan menyeramkan sehingga pada malam ketiga kedua-dua anaknya telah hilang dan Sufiah didapati tidur di siling bilik.

Pak Tua, penduduk paling lama di kampung itu telah pergi ke rumah tersebut untuk menyelamatkan keluarga Kazman dan mencari Ely dan Lisa.

Apakah sejarah sebenar banglo tersebut dan dapatkan Sufiah diselamatkan serta berjayakah Ely dan Lisa ditemui semula. Segalanya bakal terungkai dalam sebuah lagi filem seram terbitan Metrowealth (MIG), CONGKAK.

12 Komen Add your own

  • 1. metrowealthblog  |  Februari 29, 2008 at 12:21 pm

    testing 123. MJ meletop!

  • 2. shariena  |  Mac 28, 2008 at 9:16 pm

    a good film..

  • 3. june  |  April 14, 2008 at 9:00 am

    tengok di sebalik tabir congkak pun dah tahu filem ni syok. i kagum tengok pelakon cilik tu,memang berbakat besar.

  • 4. june  |  April 14, 2008 at 9:01 am

    filem ni bakal terima award!

  • 5. anne  |  April 15, 2008 at 4:14 am

    pasti meletup macam jpb

  • 6. Kin  |  April 15, 2008 at 12:50 pm

    dis film good, adventure

  • 7. !barT kinG!  |  April 17, 2008 at 11:44 pm

    Erynne 2 dkat 17 drama dia brlakon..
    Mmg kna la dgn watak dia dLm cOngkak..

    Mmg meLompat org2 dLm stadium td..
    cOngkak brjaYa mncuru sekejap jntung para penonTon nya..
    truskn n get a lot of a new movie genre on future..:D

  • 8. jerin  |  April 20, 2008 at 12:24 pm

    cite paling x best yang pernah aku tengok

  • 9. hantu congkak  |  April 20, 2008 at 12:27 pm

    aku nak tido tengok cite nie………… boring giler… x seram langsung..aku x tahu apa yang x kene tapi cite nie memang x best…….harap ahmad idham wat cite lagi best….aku agak filem nie dapat 3juta je……ha5…….

  • 10. chakienah  |  Jun 1, 2008 at 1:45 pm

    besst doew ctew ny!!
    100% akue undi maa!!
    love ahmad idham..
    hahaha 😉

  • 11. chakienah  |  Jun 1, 2008 at 1:48 pm

    ape2 pon,aq skunk tgh crik bhn untuk folio sejarah aq..
    bile congkak ade,trus aq ambek snopsis dye buat bhn sejarah aq taw..
    thankz a lot ahmad idham..!!

  • 12. Congkak  |  Ogos 16, 2008 at 11:25 am

    […] Apakah sejarah sebenar banglo tersebut dan dapatkan Sufiah diselamatkan serta berjayakah Ely dan Lisa ditemui semula. Segalanya bakal terungkai dalam sebuah lagi filem seram terbitan Metrowealth (MIG), CONGKAK. – congkakthemovie […]

Tinggalkan komen

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed