Posts tagged ‘congkak the movie’

Gambar Sekitar Majlis Sidang Media Di Singapura

PC Di Singapura

PC Di Singapura

Advertisement

Mei 16, 2008 at 12:08 pm Tinggalkan komen

Congkak Menyeramkan Singapura.

Mulai 15 Mei ini, penduduk Singapura akan dapat menonton filem seram Congkak. Pada 5 Mei lalu, satu sidang media dibuat untuk para media di Marina Square Golden Village, Singapura. Turut hadir, para pelakon utama filem Congkak, Erynne Erynna, Riezman Khuzaimie dan Ahmad Idham sebagai pengarah turut hadir. Penulis skrip Congkak, Piere Andre juga turut hadir menyaksikan sokongan penonton di malam itu. Setakat ini, filem Congkak mendapat kutipan sebanyak RM4.2 juta. Kutipan ini tidak termasuk untuk tayangan di Singapura, Filipina dan Thailand.

Congkak juga telah melakar satu lagi sejarah buat MIG dan industri perfileman Malaysia apabila menjadi filem dengan pembukaan paling besar dengan tayangan serentak di 65 buah pawagam seluruh Malaysia bermula 17 APRIL 2008 Lebih menarik apabila ia sudah ditempah oleh pengedar-pengedar filem peringkat Asia Tenggara termasuk Singapura, Thailand, Indonesia dan Filipina untuk ditayangkan di negara masing-masing.

Keinginan menerbitkan Congkak pastilah ekoran kejayaan luar biasa Jangan Pandang Belakang di peringkat Asia Tenggara. Congkak merupakan satu lagi kolaborasi antara penerbit dan penulis muda berbakat besar Pierre Andre dan pengarah prolifik Ahmad Idham yang sama-sama memastikan kejayaan Jangan Pandang Belakang. Filem ke 23 terbitan MIG ini cuba menyajikan sesuatu yang lebih bermutu dan pastinya lebih menyeramkan. Congkak yang menelan kos sebanyak RM1.8 juta telah menjalani pengambaran selama sebulan.

Mei 16, 2008 at 12:01 pm Tinggalkan komen

Selamat Menonton Penonton Singapura.

Minggu depan, peminat-peminat filem seram di Kota Singa, akan merasai kehebatan filem Congkak apabila ditayangkan di pawagam di sana. Jangan lupa untuk menyaksikannya. Kerana anda pasti tidak akan keseorangan. Selamat Menonton.

Mei 6, 2008 at 10:24 pm 1 komen

Komen Penonton

“excited tengok filem ni pd 1st day ditayangkn hari ni.. mmg berbaloi menonton filem ni!! =)

sy bg 10 bintang utk filem congkak.. sgt best!! mmg menyeramkan!! syabas utk Ahmad Idham n seluruh krew serta pelakon Congkak..

keep it up!!”

Dari Dyla Dell

April 17, 2008 at 7:35 pm 10 comments

Peringatan Penting!

“Ibu-ibu mengandung dan pengidap penyakit jantung dinasihatkan agar tidak menonton filem ini”. Begitu juga dengan kanak-kanak di bawah usia 13 tahun diminta menonton bersama penjaga”

Amaran keras oleh Lembaga Penapisan Filem (LPF)

April 12, 2008 at 12:39 pm 9 comments

Kiriman Terdahulu


Kutipan Congkak

Kutipan Di Malaysia: RM 4.5 juta Kutipan Di Singapura : RM 1.5 juta.

Welcome To Congkak Blog

Selamat melayari blog filem Congkak! Blog ini akan memaparkan segala berita, gambar, siaran akhbar. komentar dan apa sahaja tentang perkembangan filem Seram Paling Dalam Sejarah filem Melayu!

Trivia

Tahukah anda, ada sesetengah gambar di dalam blog ini tidak boleh diletakkan bersama-sama. Ada gambar perlu diletakkan secara berasingan.
Mei 2023
I S R K J S A
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
293031  

Blog Stats

  • 52,789 hits