Siaran Akhbar

4 negara tempah congkak

Oleh Mohd Nasif Badruddin (Harian Metro)
mnasif@hmetro.com.my

Mencipta kelainan dan mengambil risiko ini, buah tangan MIG Productions Sdn Bhd (MIG) tampil berbeza apabila filem seram terbarunya, Congkak mengangkat Nanu Ba harudin, Riezman Khuzaimi, Erin Malek dan Erynne Erynna sebagai pelakon utama sambil dibantu Rusminah Sidek dan M Rajoli sebagai pelakon undangan.

Pastinya strategi ini ada sebabnya mengapa Ahmad Idham selaku pengarah berani menggunakan percaturan ini untuk memasarkan filem ke-23 terbitan MIG. Belum pun di tayangkan, Congkak melakar sejarah buat MIG dan industri perfileman Malaysia apabila menjadi filem dengan pem bukaan paling besar dengan tayangan serentak di 70 pawagam seluruh Malaysia bermula 17 April serta ditempah pengedar dari Singapura, Thailand, Indonesia dan Filipina.

Kata hero filem ini, Riezman, dia percaya masyarakat mahu menonton jalan cerita filem ini dan bukannya pelakon filem. Lagipun dia mengakui, pelakon Congkak bukanlah berada di tahap populariti tinggi jika dibandingkan dengan pelakon lain.

“Filem seram sebegini tidak memerlukan pelakon ramai kerana kekuatannya terletak pada jalan cerita. Cuma dari segi cabarannya, pelakon perlu memberikan komitmen penuh dan menunjukkan yang terbaik kerana hanya empat orang saja menjadi teraju utama.

“Dari segi untungnya pula, kita boleh buat ikut kepala kita kerana orang tidak dapat bandingkan lakonan kita dengan pelakon lain kerana wataknya kecil tidak seperti filem lain apabila orang akan bandingkan lakonan hero utama dengan hero kedua.

“Bagi saya, nama Congkak itu sendiri pun sesuatu yang unik dan menjadi tanda tanya penonton untuk mengetahui apa yang ada di sebaliknya. Jadi dengan promosi berterusan dan komitmen semua pihak, saya yakin filem ini mampu men capai sasaran penerbit, David Teo untuk mengutip RM10 juta termasuk tayangan luar negara,” katanya ketika berkunjung ke Balai Berita, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Riezman yang memegang watak Kazman berkata, pada mulanya, dia tidak percaya kepada hantu dalam cerita ini dan sering mengambil mudah mengenai benda ghaib, tetapi apabila ‘terkena’ kepada keluarganya sendiri, barulah dia rasa tekanan dan berubah untuk melindungi keluarga.

Bagi Nanu yang memegang watak Sufiah pula, dia tidak mempunyai masalah untuk menjiwai karakternya dalam filem ini kerana sering membawa watak ibu dan isteri sebelum ini. Malah dia tidak takut dari segi kemungkinan ‘dirasuk’ kerana ramai orang di lokasi, cuma takut dari segi lakonan, bimbang tidak dapat memenuhi kehendak pengarah.

“Saya tidak pernah berlakon filem seram sebelum ini dan pertama kali berkerja dengan Ahmad Idham serta sangat tertarik dengan skrip Congkak. Saya tidak banyak buat kajian, cuma baca skrip saja. Saya tidak mahu terikut serta tertiru dengan filem lain dan mahu cipta identiti tersendiri.

“Apa yang menarik lagi, kami mempunyai keserasian yang cukup baik sesama pelakon dan kru. Plot cerita ini sudah bagus, jadi ia tidak perlu kepada pelakon yang ramai. Dari segi cabaran, saya ada juga tanya pendapat orang bagaimana orang dirasuk dan kata mereka, orang dirasuk matanya melihat ke atas,” katanya.

Kata Nanu lagi, dia teruja apabila mendapat tahu Congkak akan ditayangkan ke luar negara dan terdetik juga rasa gusar mendengar sasaran kutipan RM10 juta oleh penerbit. Ba ginya, kekuatan filem ini juga banyak dibantu dari segi kesan bunyi selain teknik fotografi.

Sementara itu, Erin Malek sebagai Ely berkata, dalam filem ini dia menjadi anak yang membuat hal sendiri dan me mentingkan diri sendiri. Apabila berlaku peristiwa misteri di banglo barulah dia berubah dan rapat dengan keluarga. Malah tema Congkak sendiri yang menitikberatkan kesatuan ke luarga walau apapun terjadi sampai kepada matlamatnya.

“Ini kali pertama saya berlakon filem seram dan menjadi remaja bandar. Sebelum ini, saya banyak diberikan watak kampung dan berlakon untuk zaman terdahulu seperti 80-an dan sebagainya.

“Dari segi lakonan, Congkak memerlukan saya berper watakan serius, banyak fokus dan mengutamakan ekspresi muka. Saya rasa takut sangat apabila babak kena tarik tangan dan membuat beberapa kali latihan supaya nampak spontan dan penonton terkejut.

“Untuk menjiwai filem ini pula, saya baca skrip seorang diri dan apabila di set banyak bertanya dengan orang. Saya sebenarnya suka menonton cerita hantu, tapi takut,” ka tanya.

Berkongsi pendapat sama, pelakon cilik Erynne Erynna yang memegang watak Lisa pula berkata, Congkak filem kedua dijayakannya selepas Cinta. Lisa yang kini berusia 11 tahun mula berlakon sejak usia lapan tahun.

“Saya seronok sangat berlakon Congkak kerana ceritanya berbeza dengan yang lain sebelum ini. Malah pengarah dan pelakon lain banyak memberikan tunjuk ajar. Saya sendiri pun suka menonton cerita hantu.

“Masa lakonan, tengok Mak Mah (Ruminah Sidek) mekap pun saya sudah takut, jadi masa babak Mak Mah tarik saya, perasaan saya takut sangat masa itu dan suara dia pun pelik. Saya juga perlu fokus dan buka mata besar waktu main congkak supaya nampak ‘real’ dan pernah satu babak saya rasa sejuk sangat sehingga naik bulu roma,” katanya.

Congkak karya penulis skrip muda berbakat besar, Pierre Andre yang juga penulis skrip Jangan Pandang Belakang (JPB) cuba menyajikan sesuatu yang lebih bermutu dan pastinya lebih menyeramkan. Congkak yang menelan belanja produksi sebanyak RM1.8 juta termasuk kos promosi men jalani penggambaran di Perlis.

Ia mengisahkan sebuah keluarga yang mengalami peristiwa pelik ketika bercuti di sebuah banglo di tepi tasik. Kejadian pelik semakin dirasai apabila setiap malam mereka men dengar ada orang bermain congkak sehingga menimbulkan persoalan kepada mereka. Sekiranya JPB mengisahkan saka dan cara mengubatinya, Congkak pula menceritakan soal ‘penunggu’.

Apakah sejarah sebenar banglo berkenaan dan dapatkah Sufiah diselamatkan serta berjayakah Ely dan Lisa ditemui semula? Segalanya bakal terungkai dalam Congkak yang akan menjengah di pawagam bermula 17 April ini.

Sedutan dari ulasan di Berita Harian Singapura. Link:

http://cyberita.asia1.com.sg/rencana/story/0,3617,116184,00.html

‘CONGKAK’ BERHANTU LEBIH DAHSYAT Oleh
Nur Sifa Hussin
ADAKAH Congkak lebih dahsyat daripada Jangan Pandang Belakang?

Jawapan saya: Kalau anda rasa Jangan Pandang Belakang menggerunkan, Congkak lebih lagi membuat bulu roma saya berdiri. Nak pengsan pun ada!

Baru-baru ini, saya telah menghadiri tayangan perdana Congkak di Kuala Lumpur. Filem arahan Ahmad Idham dan terbitan, David Teo, ini akan ditayangkan di Singapura tidak lama lagi.

Filem ini dibintangi pelakon handalan seperti Nanu Baharudin, Rizman Khuzaimi, Erynne Erynna, Ruminah Sidek dan M. Rajoli.

Pierre Andre adalah penulis skrip filem seram yang dikatakan tidak sesuai ditonton kanak-kanak di bawah usia 13 tahun, ibu-ibu hamil dan pesakit jantung.

Ia mengisahkan tentang permainan tradisional Melayu yang dipercayai mempunyai penunggu. Jalan cerita ini bermula dengan keluarga yang pergi bercuti ke rumah percutian mereka di sebuah kampung yang terpencil.

Keluarga ini terdiri daripada Kazman, Sufiah dan dua orang anak perempuan mereka iaitu Lisa dan Elly.

Mulanya, si isteri enggan ke rumah percutian itu tetapi si suami terlalu ingin menjauhkan diri dari kota. Si isteri memang dari mula lagi telah merasakan sesuatu yang tidak kena dengan keadaan di rumah tersebut.

Beberapa mimpi aneh dialami. Biasanya, ia berkenaan anaknya yang dibawa lari dari rumah itu.

Mulanya, si isteri cuba menepis segala fikiran yang bukan-bukan tetapi setelah diganggu oleh bunyi-bunyi aneh seperti seseorang sedang bermain dengan congkak, dia semakin yakin bahawa ada sesuatu yang tidak kena di rumah tersebut.

Suatu pagi, semasa hendak sarapan pagi, anak bongsunya, Lisa, yang disuruh mandi hilang dan tidak menyahut panggilannya.

Apabila ditemui, dia mendapati bahawa ada papan congkak di tangan anaknya.

Mulanya, si suami agak gembira kerana dia dapat memperkenalkan congkak kepada anak-anaknya yang sejak kecil menetap di bandar.

Dia telah membawa anaknya ke hutan untuk mencari biji getah untuk dijadikan pengganti guli.

Setibanya di rumah, Lisa dan bapanya khusyuk bermain congkak hinggakan si ibu yang pulang dari kedai pun tidak disedari kehadirannya.

Penghujung filem ini agak kompleks dan membuatkan penonton tertanya-tanya: ‘Ada filem susulan Congkak 2 ke?’

David sasar kutipan RM10 juta

Oleh SHAZRYN MOHD. FAIZAL (shazryn.faizal@utusan.com.my)

PENERBIT filem terkenal, David Teo sememangnya optimis dengan setiap filem terbitannya walaupun sering diuji dengan kata-kata oleh mereka yang kurang senang dengan kejayaannya.

Sebagai contoh, filem terlaris terbitan syarikatnya, Metrowealth International Group (MIG), Jangan Pandang Belakang (JPB) arahan Ahmad Idham Ahmad Nadzri yang mengaut kutipan tiket hampir RM7.5 juta masih lagi dipertikaikan meskipun filem tersebut mendapat kutipan RM1 juta sewaktu ditayangkan di Singapura manakala mencatatkan kutipan sebanyak RM300,000 di Filipina tahun lalu.

Malah, kejayaan JPB yang menjadi filem Melayu pertama yang ditayangkan di Asia Tenggara turut menjadi perdebatan.

Namun begitu, itu bukan alasan buat David untuk berdiam diri dan membiarkan kata-kata negatif yang dilemparkan kepadanya untuk melemahkan semangatnya.

Sebaliknya, usahawan gigih itu bangkit dan berani menongkah arus dalam memberikan warna dan pembaharuan dalam pembikinan filem tempatan.

Seiring dengan moto syarikatnya, ‘Bukan Janji Tapi Pasti’, kali ini, David Teo menyasarkan kutipan RM10 juta untuk filem terbarunya, Congkak yang akan menjengah pawagam tempatan bermula 17 April ini.

Apa yang membanggakan ialah Congkak menjadi filem Melayu pertama yang mempunyai pembukaan terbesar dengan 70 buah salinan di hampir 40 buah pawagam di seluruh negara berbanding JPB yang hanya ditayangkan dengan 56 buah salinan sahaja.

Lantaran itu juga, David dengan berani meramalkan filem ke-24 terbitannya itu akan dapat membuat kutipan tiket RM10 juta.

“Yang pastinya, kata-kata saya ini semuanya akan menjadi seandainya diizinkan Tuhan. Tetapi, saya percaya Congkak mampu menarik perhatian penonton kerana jalan ceritanya yang cukup berbeza dan ditambah pula dengan sistem bunyi yang cukup berkesan dalam membangkitkan suasana seram itu sendiri,” kata David selepas tayangan filem Congkak di GSC 1 Utama, baru-baru ini.

Tambah David juga, dia berasa begitu teruja dan gembira kerana beberapa negara di Asia Tenggara seperti Brunei, Singapura, Thailand dan Filipina sudah pun menyatakan persetujuan untuk menayangkan filem Congkak sebelum ia ditayangkan terlebih dahulu.

Demi menonjolkan kelainan dalam filem yang ditulis oleh Pierre Andre itu, David Teo dengan jujurnya memberitahu, dia sanggup melaburkan hampir RM200,000 untuk sistem bunyi khas terkini iaitu Dolby Digital Surround System EX yang telah digunakan dalam kebanyakan filem Hollywood.

“Saya mahu menampilkan pembaharuan dalam filem-filem saya dan dengan itu, saya telah menggunakan sistem bunyi ini. Saya tidak kisah untuk mengeluarkan belanja yang lebih dalam memberikan kepuasan kepada penonton.

“Biasanya, saya hanya memperuntukkan RM100,000 sahaja dalam menghasilkan sistem bunyi yang mantap dalam setiap filem saya. Selepas ini, saya akan terus mengaplikasikan Dolby Digital Surround System EX dalam setiap filem yang bergenre aksi, seram dan sains fiksyen.

“Kesan bunyi ini hanya mampu dinikmati di pawagam sahaja. Seandainya, mereka yang menonton filem ini menerusi VCD atau DVD di rumah, anda tidak akan mampu merasai keseraman tersebut,” jelasnya yang turut menggunakan kesan bunyi tersebut dalam filem Brainscan yang akan ditayangkan tidak lama lagi.

Disebabkan kesan bunyi yang cukup memberikan suasana seram sewaktu menonton filem Congkak, David memberitahu pihak Lembaga Penapisan Filem (LPF) telah menetapkan syarat bahawa mereka yang menghidap penyakit lemah jantung dan wanita mengandung dinasihatkan untuk tidak menonton filem Congkak.

Bagi sutradara, Ahmad Idham pula, cabaran yang dihadapinya untuk membikin Congkak adalah lebih besar berbanding JPB yang disifatkannya lebih dramatik.

“Saya banyak belajar daripada kelemahan yang saya lihat dalam JPB dan saya memperbaikinya dalam Congkak.

“Pada saya, Congkak lebih kepada kekuatan jalan cerita itu sendiri yang lebih utamakan kepada nilai-nilai kekeluargaan yang kita lihat semakin longgar dalam masyarakat hari ini.

“Saya mahu penonton merasai jalan cerita itu sendiri di samping elemen seram yang ditampilkan. Saya juga mengharapkan agar tiada perbandingan yang akan dibuat kerana JPB dan Congkak adalah dua karya yang berbeza,” katanya yang cukup berpuas hati dengan penghasilan filem ketujuh arahannya itu.

Congkak penuh debaran dan kejutan!

oleh ZANARIAH ABD MUTALIB 31 Mar 2008 01:26 PM

SYABAS! Itulah ucapan yang selayaknya diterima oleh pengarah filem Congkak, Ahmad Idham serta seluruh pelakon dan tenaga produksinya. Ternyata tidak mengecewakan, filem yang menelan belanja RM1.8 juta terbitan MIG Production Sdn Bhd ini mampu mengangkat martabat filem seram tempatan setanding dengan filem seram dari luar termasuk Korea dan Jepun.

Penulis pada mulanya sudah mengagak, filem yang dikatakan sarat dengan unsur suspens ini pastinya membuatkan penulis tidak senang duduk memandangkan penulis sudah merasai debaran dan kejutan ketika menonton Jangan Pandang Belakang (JPB).Dan seperti yang dijangka, Congkak menjanjikan debaran dengan kejutan tanpa henti.

Antara tunggak utama filem Congkak, Nanu Baharudin dan Erynne Erynna

Masih mengekalkan penulis skrip yang sama, bintang muda berbakat besar, Pierre Andre, Ahmad Idham sekali lagi diberi kepercayaan oleh David Teo selaku penerbit untuk mengarah filem ini. Filem yang menjalani penggambaran selama sebulan di Perlis ini adalah berlatar belakangkan sebuah rumah yang dipercayai sudah lebih 15 tahun ditinggalkan.Kisahnya bermula apabila sepasang suami isteri, Kazman (Riezman Khuzaimi) dan Sufiah (Nanu Baharudin) serta dua anak mereka Ely (Erin Malek) dan Lisa (Erynne Erynna) datang bercuti di sebuah banglo lama yang dibeli Kazman di sebuah kampung yang agak terpencil.

Sejak mula sampai di rumah itu lagi, Sufiah sudah berasa tidak sedap hati apabila dia seperti terdengar-dengar bunyi orang bermain congkak dari dalam sebuah bilik kosong di rumah itu.

Sufiah juga selalu mengalami mimp-mimpi ngeri yang menyebabkan dia sering terjaga di waktu malam. Dia juga sering mendengar suara-suara aneh yang memanggil nama anaknya, Lisa. Lebih membimbangkan Sufiah apabila Lisa menjumpai sebuah papan congkak dan sering bermain seorang diri di waktu malam. Sufiah melarang Lisa namun dia tetap berkeras mahu terus bermain dengan seorang tua yang tidak kelihatan dan didakwa Lisa sebagai neneknya.

Anaknya Ely pula sering berjalan seorang diri di kawasan sekitar dan duduk termenung di tepi tasik berdekatan rumah sehinggalah pada suatu hari, Ely telah dirasuk. Sufiah dan Kazman membawa Ely berjumpa seorang bomoh kampung dan Ely dikatakan terkena ?lintasan? kerana bermain di kawasan yang berpenunggu.

Peristiwa-peristiwa aneh yang berlalu menyebabkan Sufiah mengajak suaminya meninggalkan rumah itu

Pelbagai peristiwan aneh meninpa keluarga Kazman

namun Kazman berkeras mengatakan tiada apa yang aneh di situ memandangkan dia tidak percaya akan kewujudan makhluk halus.

Ini menyebabkan Sufiah dan Kazman bertengkar dan Kazman keluar berseorangan untuk menenangkan dirinya. Apabila pulang, dia melihat isterinya terlantar di ruang tamu tidak sedarkan diri. Kazman mula berasa tidak sedap hati memandangkan seluruh ahli keluarganya seperti mengalami sesuatu yang tidak langsung dirasainya.

Sehinggalah pada malam itu, Lisa dibawa lari seorang tua dan Ely pula tiba-tiba hilang. Lebih memeranjatkan, isterinya tidur dalam keadaan terapung menyebabkan Kazman mula sedar yang rumah itu berpenunggu.

Secara keseluruhannya, Congkak meninggalkan impak yang lebih besar daripada JPB. Unsur suspen dan seram yang dipaparkan berjaya menyebabkan penulis sentiasa terkejut dan mahu tahu apa sebenarnya yang menimpa keluar Kazman. Sistem Dolby Digital Surround EX yang digunakan dalam filem ini lebih mantap dari JPB dalam menghidupkan suasana seram. Anda hanya akan dapat merasainya jika anda datang menonton di pawagam. Percayalah, sememangnya mengagumkan!

Pemilihan pelakon untuk tunjang filem ini juga adalah tepat. Percaturan MIG untuk menampilkan pelakon dengan bakat lakonan menyerlah dan bukan semata-mata kerana populariti ternyata menjadi.

Nanu sememangnya seorang pelakon yang boleh menjiwai apa sahaja watak yang diberikan kepadanya. Riezman pula walaupun pada awal watak tidak memerlukannya bermain dengan emosi namun wataknya berkembang apabila dia dilihat menjadi begitu takut dan tidak tentu arah apabila semua ahli keluarganya digangu ?mahkluk? itu.

Tahniah untuk bakat cilik, adik Erynne Erynna yang baru berusia lapan tahun namun mampu membawa watak Lisa dengan berkesan. Menjadi tunjang utama bagi filem ini ternyata bukan masalah besar kepada Erynne memandangkan dia nampak begitu natural dalam setiap babak yang dibawa. Katakan apa sahaja, watak manja, marah, bermonolog sendirian dan memek muka yang menakutkan, semuanya mampu ditanganinya. Erynne boleh pergi lebih jauh dalam industri ini jika dia terus diberi peluang.

Begitu juga dengan Erin Malek yang membawa watak Ely. Walaupun wataknya sebagai kakak Lisa tidak begitu menonjol jika dibandingkan dengan Lisa namun percubaannya kali ini pasti membuka peluang untuknya dalam dunia filem tempatan. Watak Ely memerlukan Erin bermain dengan perasaannya yang tidak puas hati dengan ibu bapanya kerana turut dipaksa datang ke tempat itu. Namun dia membuktikan watak Ely memang untuk dirinya apabila dia melakonkan babak di mana dia dirasuk dengan berkesan.


Babak ketika Ely dirasuk lakonan Erin Malek begitu menjadi

Tidak dilupakan watak nenek tua yang juga `penunggu rumah? lakonan Rusminah Sidek. Kredibiliti Mak Mah dalam menjiwai watak-watak seperti ini tidak perlu lagi dipertikaikan. Suaranya dan gayanya memang bisa membuatkan penulis seram sejuk. Ternyata faktor usia bukan penghalang untuk Mak Mah untuk terus memberikan lakonannya yang terbaik.

Tahniah juga untuk Indra Che Muda, pengarah sinematografi untuk Congkak. Ternyata hasil karyanya kali ini juga tidak mengecewakan seperti JPB. Latar belakang rumah yang cantik dan lengkap di kawasan pendalaman pada mulanya tidak langsung menggambarkan ia berpenunggu. Namun penulis semakin dapat merasakan suasana seram dan menakutkan menguasai rumah itu apabila ia digarap dengan lakonan mantap dan sistem bunyi yang begitu `hidup?.

Tasik berdekatan rumah dan kubur lama yang dipaparkan dalam beberapa slot juga berjaya meyakinkan penulis yang bukan rumah itu sahaja berpenunggu malah apa sahaja yang berdekatan rumah itu ada `tuannya?.

Jika dilihat, Congkak mampu mengatasi JPB lebih-lebih lagi dalam suasana industri filem tempatan yang begitu mendambaka filem-filem seperti ini. Congkak juga bakal melakar sejarah apabila menjadi filem pertama dengan pembukaan tayangan terbesar iaitu di 70 buah pawagam seluruh negara.

Lebih membanggakan apabila ia sudah ditempah oleh pengedar-pengedar dari Singapura, Thailand, Indonesia dan Filipina. Dengan sambutan yang diterima, tidak mustahil sasaran kutipan RM10 juta mampu dicapai untuk Congkak.

Jangan lepaskan peluang merasai debaran dan kejutan dalam Congkak yang akan mula menghantui pawagam di seluruh negara bermula 17 April ini.

Congkak cetus fenomena baru

Oleh Norhadiani Baharom
yanie@hmetro.com.my

Masih ditangani Ahmad Idham sebagai pengarah dan Pierre Andre (skrip), Congkak mempunyai potensi mengulangi kejayaan JPB yang ditayangkan dua tahun lalu.

Congkak dikatakan mempunyai jalan cerita dan garapan lebih kemas serta menarik berbanding JPB.

Malah ia dikatakan lebih seram daripada JPB yang diletakkan tanda amaran tidak dibenarkan untuk tontonan mereka yang ada penyakit jantung dan wanita mengandung.

Unsur suspen dan seram lebih dirasai tatkala menonton filem ini walaupun ‘hantu’nya jarang-jarang muncul. Mainan visual yang banyak babak di sebalik tirai dan pintu untuk membuat kita terasa diperhatikan menjadikan Congkak lebih menarik. Malah kesan bunyi juga cukup berkesan.

Produsernya, David Teo berkata, bagi menambahkan elemen seram dalam Congkak, dia membelanjakan kira-kira RM200,000 untuk mengaplikasikan sistem Dolby Digital Surround EX.

Katanya, jumlah yang dilaburkan bagi menghasilkan kesan bunyi untuk filem ini juga dua kali ganda lebih tinggi daripada JPB yang hanya menelah kos RM100,000.

“Sistem Dolby Digital Surround EX yang diketengahkan lebih mantap berbanding JPB serta diakui yang terbaik di antara filem Melayu kerana mutunya hampir menyamai filem Hollywood.

“Penonton dapat merasainya apabila menonton di pawagam yang dilengkapi sistem bunyi dolby digital ini,” katanya ketika ditemui di majlis prebiu Congkak, baru-baru ini.

Congkak juga adalah filem ke-23 MIG dan dihasilkan dengan kos RM1.8 juta. Penggambaran diadakan di sekitar Perlis.

Kata David, Congkak bakal melakar satu sejarah buat MIG dan industri perfileman Malaysia kerana menjadi filem pertama dengan pembukaan paling besar serta tayangan serentak di 70 pawagam berbanding 56 sewaktu menayangkan JPB.

“Berdasarkan tempahan itu, saya yakin filem ini mampu mencecah kutipan RM10 juta sebagaimana disasarkan.

“Kalau di Malaysia saya mensasarkan kutipan RM8 juta manakala Asia Tenggara RM10 juta. Selain Malaysia, filem ini akan ditayangkan di Indonesia, Thailand, Filipina serta Singapura.

“Berdasarkan sambutan hangat yang diberikan penonton di negara itu kepada JPB tahun lalu khususnya Singapura yang mencecah kutipan RM1 juta saya yakin Congkak akan lebih diminati apatah lagi produk Metrowealth semakin kukuh di sana.

“Pembukaan paling besar serta tayangan serentak di 70 pawagam sudah cukup menjadi bukti bahawa Congkak bakal diterima penonton,” katanya

Congkak dibintangi Nanu Baharudin, Riezman Khuzaimi, Erin Malek, Rusminah Sidek (Mak Mah), M Rajoli dan bintang kecil, Adik Erynne Erynna, 11 tahun.

Ia mengisahkan bagaimana sebuah keluarga yang mengalami peristiwa pelik ketika bercuti di sebuah banglo di tepi tasik.

Kejadian pelik semakin dirasai apabila setiap malam mereka mendengar ada orang bermain congkak sehingga menimbulkan persoalan kepada mereka.

Ahmad Idham selaku pengarah berkata, sekiranya JPB mengisahkan saka dan cara mengubatinya, Congkak pula menceritakan soal ‘penunggu’.

“Selain kehidupan manusia, di muka bumi ini juga ada kehidupan ghaib. Yang mana kadangkala kita tidak sedar kita mencerobohi kawasan mereka.

Sebenarnya ramai bertanya mengapa saya mengambil kisah permainan congkak. Idea itu sebenarnya dicetuskan mak cik saya kerana dia memaklumkan ada cerita di sebalik permainan congkak.

“Saya melakukan banyak penyelidikan dan menemu bual orang lama mengenai mistik di sebalik congkak. Malah Pierre Andre juga melakukan penyelidikan sendiri sebelum skrip dihasilkan.

“Kemudian, gabungan penyelidikan kami itu dijadikan sebagai mitos dalam filem Congkak,” katanya.

Turut mengambil input dari kisah benar, Pengarah Harapan Festival Filem Malaysia ke-16 itu menganggap mengangkat permainan tradisional Melayu adalah tanggungjawab sosial kepada masyarakat apatah lagi semakin lama anak muda meminggirkan permainan tradisional ini.

Katanya, apa yang ditampilkan dalam filem Congkak berlainan dengan filem seram sedia ada kerana seperti mempunyai unsur-unsur kekeluargaan yang begitu kuat.

“Di awal babak saya tunjukkan sebuah keluarga yang berbeza karektor. Misalnya anak perempuan yang sulung gadis kota yang tidak suka kehidupan kampung manakala si kecil pula begitu asyik dengan tempat percutian mereka.

“Apabila seluruh ahli keluarga diganggu makhluk halus, mereka bergabung mengatasi masalah ini bersama. Ia memaparkan kasih seorang ibu, bapa dan kakak kepada adiknya.

“Saya juga mempunyai alasan kenapa tidak memunculkan hantunya kerap kali kerana ia kelihatan ‘klise’ selain filem itu akan menjadi perbandingan,” katanya.

Sementara itu, pelakon cilik Erynne Erynna yang memegang watak Lisa antara pelakon yang berjaya mempamerkan lakonan hebat dalam filem ini.

Dia yang baru berusia 11 tahun sebelum ini pernah membintangi filem Cinta dan Congkak adalah filem kedua dijayakannya.

“Sewaktu mama membacakan skrip ini, saya sudah tertarik kerana Congkak sebuah filem yang memerlukan saya menghayati pelbagai emosi. Gembira, sedih, seram dan marah semuanya perlu saya lakukan.

“Ketika di lokasi saya cuba menghayati lakonan dengan meletakkan diri saya dalam sesuatu situasi itu. Alhamdulillah, sepanjang penggambaran saya tidak mengalami gangguan biarpun lokasi penggambaran itu agak seram.

“Cuma babak terakhir di mana Mak Mah menarik tangan, saya rasakan waktu itu Mak Mah seperti hantu betul walaupun saya sedar sebenarnya wajah dia menggunakan solekan ‘kesan khas’. Waktu itu saya rasa takut yang teramat sangat,” katanya bercita-cita menjadi pengarah dan penerbit.

Ringkasan dari ulasan di http://movies.sg.msn.com/article.aspx?cp-documentid=1309451

“Congkak” slapped with disclaimer

Malay horror “Congkak” comes with cautionary disclaimer – may not be suitable for viewing by expectant mothers and children under 13.
“Congkak” slapped with disclaimer
26 Mar – Producer David Teo has expressed a strong desire to outdo the success of last year’s local box office hit “Jangan Pandang Belakang”, but his desire to make a bigger, better and scarier movie than “JPB” has slapped his latest film “Congkak” with a cautionary disclaimer.
The latest released poster for “Congkak” reveals a prominent warning at the bottom, which reads: “WARNING: Expectant mothers and those suffering from heart ailments are advised against viewing this film.”
Children under 13 are also advised to only view the film with the presence of guardians.
The disclaimer came after the Censorship Board deemed the horror and suspense in the film were unsuitable for certain public groups, although the film is rated ‘U’ for general viewing. It was then advised to display the disclaimer in its posters, buntings and movie credits to avoid any unwanted accidents.
Director Ahmad Idham certainly wasn’t expecting his movie to be slapped with the disclaimer but he certainly wasn’t surprised. “When I made the movie, I wasn’t thinking about what the Censorship (Board) was going to do, so I’m not bothered. In fact, it’s good marketing for us,” he said at a preview of “Congkak” early this morning.
Both Teo and Ahmad Idham worked on “Jangan Pandang Belakang” which was released to unexpected success last year. “JPB” raked in a record-breaking collection of RM7.5mil, and Teo wants to break that record with “Congkak”.
Ahmad Idham added, “This time around, we’re also focusing more on the story rather than just the scares. It was something ‘JPB’ lacked and we’ve upped the ante with ‘Congkak’.”
“Congkak” stars Nanu Baharudin, Riezman Khuzaimi, Erin Malek, Erynne Erynna, Ruminah Sidek and M. Rajoli and will be released in cinemas this 17 April 2008.

Siaran Akhbar Sempena Pra Tonton Filem Congkak

Jika dilihat kepada sebab amaran tersebut dikeluarkan pastilah kerana unsur suspen dan seram yang terkandung dalam filem ini termasuk sistem bunyi yang digunakan. Sistem Dolby Digital Surround EX yang diketengahkan kali ini lebih mantap berbanding JPB serta diakui terbaik di kalangan filem-filem Melayu sebelum ini dan mutunya hampir menyamai filem-filem dari Hollywood. Para penonton hanya akan dapat merasainya apabila menonton di pawagam yang dilengkapi sistem bunyi dolby digital ini.

Congkak juga bakal melakar satu lagi sejarah buat MIG dan industri perfileman Malaysia apabila menjadi filem dengan pembukaan paling besar dengan tayangan serentak di 70 buah pawagam seluruh Malaysia bermula 17 APRIL 2008 Lebih menarik apabila ia sudah ditempah oleh pengedar-pengedar filem peringkat Asia Tenggara termasuk Singapura, Thailand, Indonesia dan Filipina untuk ditayangkan di negara masing-masing.

Keinginan menerbitkan Congkak pastilah ekoran kejayaan luar biasa Jangan Pandang Belakang di peringkat Asia Tenggara dengan kutipan keseluruhan mencecah RM7.5 juta. Congkak merupakan sebuah lagi karya penulis muda berbakat besar Pierre Andre yang juga penulis skrip bagi JPB. Filem ke 23 terbitan MIG ini cuba menyajikan sesuatu yang lebih bermutu dan pastinya lebih menyeramkan. Congkak yang menelan belanja produksi sebanyak RM1.8 juta termasuk kos promosi telah menjalani pengambaran di negeri Perlis Indera Kayangan.

Membuktikan kebolehan melalui beberapa filem sebelum ini, MIG tidak teragak-agak meneruskan khidmat pengarah Ahmad Idham untuk filem ini. Congkak juga cuba mengekalkan barisan tenaga produksi Jangan Pandang Belakang termasuk Pengarah Sinematografinya, Indra Che Muda.

Barisan pelakon yang menjayakan Congkak terdiri daripada pelakon-pelakon hebat tanahair seperti Nanu Baharudin, Riezman Khuzaimi, Erin Malek, Rusminah Sidek, M. Rajoli. Mengetengahkan Erynne Erynna (8 tahun) sebagai tunggak utama dalam filem seram merupakan risiko yang diambil MIG bagi menambah keseraman pada jalan cerita filem ini. Sekali lagi MIG menampilkan pelakon dengan bakat lakonan yang menyerlah dan bukan semata-mata mementigkan populariti mereka. MIG akan terus menggilap pelakon-pelakon baru sebagai pelapis buat industri perfileman negara.

Filem-filem keluaran MIG yang lain antaranya yang sudah siap iaitu I’M Not Single arahan Pierre Andre bakal ditayangkan pertengahan tahun ini, Brainscan arahan Ahmad Idham yang hanya menunggu syot-syot CGI untuk disiapkan, Selamat Pagi Cinta arahan Norliana Samsudin dan Senario The Movie – Episod 1 arahan Ahmad Idham masih di peringkat pasca produksi dan terkini, dalam peringkat pengambaran sebuah filem seram berjudul Jangan Tegur arahan Pierre Andre.

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


%d bloggers like this: