Poster Filem Congkak

Februari 29, 2008 at 2:11 am 13 comments

Poster filem Congkak ini telah pun diedarkan ke pawagam untuk tujuan promosi. Pilihan warna gelap gothic dan menggunakan bayang adalah elemen penting untuk menjelmakan apa yang akan dipertontonkan kepada penonton.

Apa komen anda tentang poster Congkak? Suka? Tak suka? Hantarkan komen anda di ruangan komen sekarang!

Entry filed under: Poster, Sneak Preview. Tags: , , , , , , , , , , , .

Permainan Ahmad Idham dalam Congkak

13 Komen Add your own

  • 1. annys  |  Mac 11, 2008 at 12:06 am

    SMART GAK…
    LEY THN…
    N IM VERY SURE…
    FILEM NI MESTY BEST…
    C0Z…
    I SKE FILEM2 AHMAD IDHAM…

    ;P

  • 2. annys  |  Mac 11, 2008 at 12:07 am

    I LOVE BLACK C0L0UR…

  • 3. Ahmad Firdaos Syauqi  |  April 6, 2008 at 3:23 pm

    Poster seram ang menarik!

    Tak sabar nak tunggu tayangan pada 17 April ni!

  • 4. spectacularwave  |  April 19, 2008 at 2:17 am

    saya baru saja tonton tayangan congkak di pawagam. bagi saya, ia memang ada daya tarikan tersendiri. akan saya jelaskan di blog saya mengenai pendapat saya tentang congkak.

    mohon agar diizinkan meminjam poster ini untuk tujuan paparan di blog. terima kasih.

  • 5. kaSyah  |  April 21, 2008 at 8:25 pm

    peh aku tak pernah teringin nak tengok cite melayu punye hantu, tapi.. utk congkak, aku angkat lima bintang, best giler….. pilihan actor, jalan cite, efek memang the boom, ini baru cerita melayu yg di nantikan, to ahmad idham, continue to do the most terbaik, aku confirm tengok 10, siap promo kat friend and famliy………. yg penting aku tak rasa rugi tengok cite melayu…… i’m waiting the other best from you, bro idham.

  • 6. adman  |  April 24, 2008 at 7:58 am

    korang ni ngarutla. cite ni x seram langsung pd aku hanya sound efek dia je kuat nk takutkan audience. sapa yg puji 5 bintang tu agaknya x pernah tgk cite seram luar kot? aku bagi 1 bintang je lah utk effort. filem ni x digarap dgn kemas. dahla fight antara mak mah dgn m rajoli tu xde langsung. dgn mudahnya dia mati. alahai ..studyla dulu betul2 seb buat filem ni.

  • 7. khairul afandi bin mustaffa  |  April 24, 2008 at 7:25 pm

    betoll…congkak xbestt…o bintang aku bg

  • 8. Spectroscope  |  April 25, 2008 at 2:56 pm

    cite ni best

  • 9. adman  |  April 29, 2008 at 7:40 am

    komen reporter Utusan Malaysia ni sama dgn komen aku..tu la korang x caya asik puji melambung walhal ntah apa2.

    Utusan Malaysia 29/4/08
    Sekadar imej dan bunyi menakutkan

    FILEM ini hanya menampilkan pendekatan lazim sebagaimana filem-filem seram ‘gred B’ yang hanya memperlihatkan gaya yang stereotaip.

    KEJAYAAN hebat filem Jangan Pandang Belakang (JPB) menjadi pendorong untuk pasangan kerja ini menghasilkan filem seram selanjutnya. Congkak menyaksikan kembalinya Pierre Andre selaku penulis skrip dan Ahmad Idham sebagai pengarah.

    Mungkinkah Congkak akan lebih berhasil daripada JPB (kutipan)? Apakah peningkatan baru daripada pasangan ini dalam Congkak? Atau adakah penonton masih terpukau dengan bentuk seram yang telah menjadi formula mudah untuk mengaut kejayaan di pasaran.

    Dalam filem genre seram, matlamat lazimnya adalah memastikan perasaan penonton dapat ditakutkan. Ini dapat dicapai melalui imaginasi sensasi yang dihasilkan daripda konstruksi imej dan kesan bunyi.

    Lazimnya ancaman ngeri dan menakutkan tersebut dilihat dari jauh atau datang menghampiri (mangsa) daripada luar dirinya. Dalam Congkak, imej-imej yang tidak jelas sesekali datang melintasi watak-watak utama atau dilihat dari jauh.

    Lintasan imej-imej yang tidak jelas dan terlindung atau yang muncul secara tiba-tiba menjadi elemen untuk memeranjatkan penonton. Pendekatan begini sebenarnya adalah pendekatan lazim bagi filem-filem seram ‘gred B’.

    Dalam Congkak, Ahmad Idham selaku pengarah hanya mengambil jalan mudah untuk menakutkan penonton melalui manipulasi imej dan kesan bunyi, sebagaimana stereotaip filem seram gred B. Ia gagal menampilkan satu persoalan yang jelas dan jalan cerita yang meyakinkan untuk membantu menjadikannya sebuah filem seram yang menarik. Filem ini mengisahkan keluarga Kazman (Riezman Khuzairi) yang bercuti ke sebuah kampung di utara Kuala Lumpur. Kazman yang sibuk dengan kerjanya mengharapkan dapat menghabiskan masa bersama keluarga yang selama ini sering diabaikannya.

    Mereka bercuti di sebuah rumah yang sudah lama dibeli oleh Kazman. Bagaimanapun sejak hari pertama mereka tiba di rumah itu keluarga Kazman mengalami pelbagai peristiwa aneh, tetapi yang paling kerap ialah peristiwa yang berkait dengan permainan congkak yang secara kebetulan adalah permainan yang digemari oleh Kazman semasa kecil.

    Anak Kazman, Lisa (Erynne Erynna) telah dikunjungi oleh seorang wanita tua (Rusminah Sidek) yang mengajaknya bermain congkak dan permainan tersebut telah membawa kepada pelbagai peristiwa seram yang menganggu keluarga tersebut.

    Filem dibuka dengan sedikit pengenalan tentang permainan congkak, tetapi selepas itu dalam adegan-adegan selanjutnya congkak sekadar alat untuk mewujudkan elemen seram sahaja tanpa makna yang lain.

    Congkak menjadi penting kerana ia adalah judul filem ini. Banyak persoalan yang timbul sekitar permainan congkak yang digunakan dalam filem ini.

    Tetapi, yang tidak jelas mengapakah congkak tersebut begitu misteri sekali dan mengapa ia berpenunggu? Mengapakah salah satu bilik rumah tersebut yang menjadi punca misteri bunyi congkak ditengah malam?

    Apakah hubungan congkak tersebut dengan wanita tua yang dikatakan penunggunya? Dan akhirnya mengapakah anak-anak Kazman, Eli (Nur’Arina) dan Lisa yang harus menjadi tumpuan penunggu tersebut dan dirasuk?

    Namun, filem ini tidak memberikan jawapan atau penjelasan yang meyakinkan kepada semua persoalan tersebut dalam kesimpulannya. Sebuah filem seram tetap perlu memberikan kewajaran peristiwa dan tindakan untuk memastikan plotnya meyakinkan.

    Tanpa keyakinan pada jalan ceritanya dan setiap peristiwa yang terjadi, maka ia akan hanya menjadi manipulasi imej dan kesan bunyi untuk menimbulkan elemen seram.

    Sungguhpun filem ini menggunakan congkak sebagai temanya, tetapi sayangnya tidak ada satu adegan pun yang memaparkan permainan congkak dengan segala kehebatan dan misterinya. Ahmad Idham memilih jalan mudah dengan memunculkan watak Pak Man (M.Rajoli) yang tiba tepat pada waktunya dan seolah-olah sudah tahu apa yang akan berlaku untuk menyelesaikan segala permasalahan keluarga Kazman.

    Menonton filem Congkak, mengingatkan saya kepada sebuah filem seram Poltergeist (Tobe Hopper, 1982) tentang sebuah keluarga yang berpindah kesebuah rumah di luar Bandar California.

    Kehidupan keluarga itu bagaimanapun tidak tenang kerana gangguan bunyi dan peristiwa aneh dalam rumah tersebut.

    Bagaimanapun berbanding Congkak, Poltergeist bukan sekadar filem yang mahu menakutkan penonton dengan manipulasi imej dan kesan bunyinya, tetapi yang penting filem ini mempunyai kerangka pemikiran dan ideologi yang mahu disampaikan kepada penonton.

    Poltergeist mendedahkan skandal korupsi pihak pemaju tanah dan bunyi bising yang menyeramkan dan mengancam menjadi provokatur untuk akhirnya mendedahkan skandal tersebut.

    Bagaimanapun Congkak tidak diolah dengan jalur pemikiran dan ideologi di sebalik pelbagai peristiwa yang berlaku. Yang didapati oleh penonton sekadar cubaan-cubaan untuk menggunakan imej dan kesan bunyi buat menakutkan penonton.

    Tetapi kesannya kurang berjaya kerana tidak disokong oleh kemantapan jalan cerita yang kosong pemikirannya.

  • 10. khairul afandi bin mustaffa  |  April 30, 2008 at 1:49 am

    SETUJU SGT….CONGKAK MEMANG BOSAN

  • 11. nadea  |  Mei 6, 2008 at 4:23 pm

    hye…act i pun dah tgk congkak…pade i…JPB lagi success…bukan nak condem,tp jalan cerita congkak agak bosan….sebab org da boleh agak ape yg berlaku seterusnya..macam JPB,kite sentiasa suspend..JBP i tengok 2x….seriusly…even di tayangkn kt ASTRO baru2 nie,i still takut,,even i da tau jalan ceritanye…for me congkak ok la…but still xleh lawan JPB…neway good effort 2 all congkak crew…bukan senang nk wat cerita hantu…tp walau ape pun i ttp sokong horror movie from IDHAM and PIERRE…xsabar nk tgu ‘JGN TEGUR”…..hope lebih banyak garapan seram from all of u k…..jgn lemah dengan kritikan….hope u all lebih bersemangat…..CHAIYO2!!

  • 12. setuju  |  Mei 11, 2008 at 12:33 am

    saya sangat setuju dgn kritikan itu

  • 13. adman  |  Mei 13, 2008 at 2:29 pm

    skrip jgn tegur pun dikatakan diciplak. apa jd dgn kes tu ek?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


Kutipan Congkak

Kutipan Di Malaysia: RM 4.5 juta Kutipan Di Singapura : RM 1.5 juta.

Welcome To Congkak Blog

Selamat melayari blog filem Congkak! Blog ini akan memaparkan segala berita, gambar, siaran akhbar. komentar dan apa sahaja tentang perkembangan filem Seram Paling Dalam Sejarah filem Melayu!

Trivia

Tahukah anda, ada sesetengah gambar di dalam blog ini tidak boleh diletakkan bersama-sama. Ada gambar perlu diletakkan secara berasingan.

Kiriman Terbaru

Februari 2008
M T W T F S S
    Mar »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
2526272829  

Tulisan Terbaik

Blog Stats

  • 48,875 hits

%d bloggers like this: